Tea At Its Finest @ TWG Pavilion

Assalamu'alaikum. Suka minum teh? Ok, rephrased. Suka try macam-macam jenis teh dan tak kisah keluarkan extra budget? Nak tukar selera dan check in luxurious place? Maka molek benarlah cuba try test TWG Tea kat Pavilion KL, Bukit Bintang sana. Memang automatik jadik prim and proper gitieww! Oh, nak bawak bonda carik nahas la tapi, mana boleh dia tempat-tempat macam tu, membazir katanya. Belum tengok menu, belum tengok harga.. Dia dah akan mogok, piket, tarik muncung segala, ada bran? Tapi kalu slow talk dan bgtau sebab-musababnya nak raikan cinta dan kasih mesra terhadap seorang ibu, tanda terima kasih yang tak terhingga atas segala jasa dan pengorbanannya selama membesarkan kami, maka dia akan C.A.I.R akhirnya. (Nampak? Dah siap plan dialog untuk bawak bonda next trip!)

 1st impression aku: Nice deco and concept. Mesti mahal tak ingat punya! 


Bila belek-belek menu, takde la mengerikan tahap pitam koma segala. Untuk minum petang, masih terlajak laris (read: Mahal) sebenarnya. Tapi untuk special occasion with special persons, duit boleh dicarik sayang... Kebahagiaan itu priceless! (Ayat kena power, kennn?) Tapi seriously, bajet dalam RM50 sorang makan ~ kurang daripada tu pon, tengok apa yang kita pilih jugak, aku bagi rough figure je. Bajet banyak tu dah penuh meja dapat makanan, tau.



Dah pegi tempat macam tu, maka selamat mencuci mata ler tengok sudu garpu pinggan mangkuk piring teko segala kenn? Tengok gambar sket: Crystal clear pot rasa nak songlap bawak balik rumah masuk almari display. Siapa gatal tangan gores dan menang, memang carik maut gitiewww...! Dan untuk makluman, teko air teh tu siap bleh jadik cermin hokeh? Sungguh menawan kalbu!


Awesome burger set. Ha, itulah komen Junior bila ditanya sedap ke tak. Beef burger set ni yang paling mahal petang tu kekdahnya, amboi anak aku kan main ya? RM49 sepinggan, nampak macam kecik je saiz burger tu tapi jangan bimbang, budak kecik siap kena mintak budak besar (daddy dia ler) perabis lagi separuh. Kecuali anak korang jenis kuat makan la, of kos. Tu dah lain cerita..


Deceivingly small bites. Itu komen aku pulak lepas tengok Junior tersandar kekenyangan dan sanggup habiskan separuh je burger tu. Cekedingnya lahai ini budak! 


Clear Table: An Aftermath. Jenuh nak perabiskan sebenarnya makanan sebab portion sepinggan tu banyak, bleh share and care with loved ones. Rosak la diet kalau selalu minum petang macam ni, weh! Malam tu aku tak makan dah, rasa berdosa sangat nak makan lagi. Hehehhe. Bangun pagi besoknya gila lapo! Padan muka kennn?



Tea and those things related thereto are up for sale. Aku tengok je la, gila nak beli? Satu balang nak letak serbuk teh pon harga RM300++ maka terima kasih je ler..


Dah kenyang. Solat Maghrib. Balik ler apa lagi.. Hehehhe. 


Nah, belanja sekeping gambo. Terima kasih tau singgah. Jemput ler belanja aku kat TWG, apa kata survey? Hahahha. Sayang korang! Bye..

~ Nai at Tak Pe Je.











Comments

  1. Best2....hajat nk berminum ptg kt Harrod Klcc pun lom kesampaian lg....next msuk TWG dlm list la pulak............... Awak mkn apa ari tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amik Fortune Set: bleh pilih sandwich, scone/muffin/kek dan macarons. Ada la side dish lain..

      Delete
  2. wowww sgt best okeh! tah bilanya dpt merasa nye pon ;p

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan