Posts

Showing posts from January, 2016

WW ~ Pie Gone Wrong

Image
Story will come later. ~ Nai at Tak Pe Je.

Home Made Chicken Chop

Image
Assalamu'alaikum. Korang suka makan chicken chop? Aku tak. Kalau steak aku suka, tapi kena yang betul-betul menepati selera la. Ada satu malam tu cik abang ajak teman pergi beli ayam bandar, ayam kampung dan ayam pencen kat Pasar Borong Kampung Baru. Aku duduk dalam kereta je, sambil alihkan kereta kalau ada orang nak keluar parking. Kat situ double triple parking dan kalau tak boleh drive, memang cuak tahap maksimum la tunggu driver datang. Manusia kat KL ni mana reti bersabar dan carik pasal nak marah orang je, maklum la hidup banyak tekanan. Heheheh.  Macam biasa, dia akan bagitahu apa yang dia borong kat aku, lebih kurang kasi update la kan. Sekali dia ada cakap something yang lebih kurang begini bunyinya: "Ada 1 yang boneless dalam plastik putih..." Aku diam, tunggu ayat seterusnya sebab macam tergantung je ayat tu. "... Buat chicken chop sedap tu..". Spontan aku tanya kehairanan, "Chicken chop?" Dia diam je takde cakap apa-apa dah. Beber

Pelan dan Makan Dalam

Image
Assalamu'alaikum. Aku ni seorang 'hopeless romantic' dari dulu, kini dan selama-lamanya. Kalau ada moments ataupun apa saja yang menyentuh perasaan aku jauh di sudut hati yang paling dalam, maka ia akan kekal di situ sampai bila-bila. Itulah yang terjadi bila aku tengok cerita Lootera, lakonan Ranveer Singh dan Sonakshi Sinha.  Bagai diheret sama dalam plot cerita, aku dah terlanjur involved dengan kisah cinta tanpa masa depan yang Lootera timbulkan. Terpana. Terpaku. Terpesona. Terkebil-kebil tak percaya dengan emosi yang aku dapat dari keseluruhan penceritaannya. Jenuh nak keluar dari gua perasaan, macam tu la lebih kurang. Tak baik tau buat aku jadi gitu!  Bagusnya cerita ni, lain betul daripada cerita Hindustan yang pernah aku tengok. Tak payah ramai pelakon pun, semua yang ada dalam filem tu kita boleh relate dan anggap macam jiran tetangga. Semua pandai memainkan watak dan peranan masing-masing, yang menyempurnakan sebuah kisah. Lootera sudah menjadi E

WW ~ Pulut Mangga

Image
Assalamu'alaikum. Jamu mata! ~ Nai at Tak Pe Je. 

Gores Mata Sket Je

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni aku ada nak jumpa orang kat KLCC, saje turun awal sikit untuk lepak minum kopi sorang-sorang. Ingat-ingat lupa je Starbucks kat tingkat berapa, rasanya macam kat hujung sebab macam pernah nampak. Sekali baru perasan, landmark nya adalah Butik LV dan naik ke tingkat 3, Ramlee Mall. Heheheh. Bikin panas je lalu depan butik tapi tak boleh singgah. Ambik gambar je la yang mampu, dek non!  Masalah dengan Starbucks outlets ni kan, cara penyediaan kopi yang tengok kemahiran pekerja. Jadi selalu confused nak mintak single shot ke double shots kopi yang sesuai dengan selera. Pagi ni aku mintak Double Tall Latte, maknanya medium-sized cafe latte dengan 2 shots. Sekali tak menepati pulak kehendak aku yang kalau bab kopi memang cerewet. Takpe la Nai.. Syukur la dengan apa yang ada. Alhamdulillah. Anyways, dah lama benar rasanya aku tak mekap bila keluar rumah, celak pun tak pakai. Entah apasal rajin sikit pagi ni nak gores celak kasi jangan polos sangat

Melepaskan Rindu Pada Yang Sudi

Image
Assalamu'alaikum. November 2015 aku pergi Kuala Terengganu dengan dua orang staff, ada kerja sikit. Memang dah plan dari awal nak gi makan nasi dagang kat Anjung Cafe, Primula Beach Resort. Macam jadi kewajipan tiapkali balik KT, mesti nak check in tempat ni. Makan nasi dagang mengadap Pantai Batu Burok, layan kenangan zaman muda-mudi. Kalau ikutkan selera tekak Pantai Timur aku ni, nasi dagang terbaik adalah kat gerai di Pasar Batu Enam, kawasan Manir. Tapi jauh tu nak berkayuh ke sana, bukan ada banyak masa pun sebelum balik KL semula. Naik kereta balik hari je pun, jadi sendiri mau ingat la kan? Tulis entry ni pun sebab rasa rindu nak pergi ke sana lagi. Ye la, sesetengah tempat kita memang selalu nak ulang pergi, lagi dan lagi. Korang tau, aku ni jarang sangat2 nak minum teh tarik, kira macam 'Once In A Blue Moon' gitu. Cafe kat Primula ni la yang buatkan aku jadi minat teh tarik. Korang mungkin pelik, kenapa sampai macam tu sekali? Aku pun takde jawapannya

Sensasi Si Ranveer Singh

Image
Assalamu'alaikum. Dulu masa kecik-kecik aku suka tengok cerita Hindi, lebih-lebih lagi kalau Amitabh Bachchan dan Jeetendra berlakon. Bila dah remaja, aku suka Amir Khan sebab berkenan betul kat bibir dia. Naik Form 4 aku dah tak minat Hindi dah. Sehinggalah Dilwale Dulhania Le Jayengge, yang membuatkan aku drooling over Shahrukh Khan. Lepas tu entah la, aku dah tak minat sesiapa selain SRK dan Amir Khan.  Dekat 20 tahun kemudian baru ada semula yang membuka hatiku nak minat pelakon Hindi. Tahap minat kat dia tu sama degree minat kat SRK plus Amir Khan, kuasa dua. Namanya takde Khan kat belakang, tapi Singh. Mak ai, handsome nya mamat ni tak tau nak cakap macamana. Dan yang lebih penting, dia sangat pandai berlakon, sangat friendly. Benar-benar seorang penghibur dari segala segi. (Sebelum terlupa, semua gambar dalam entry ni diambil tanpa silunya dari Uncle Google). Bagi aku dia ada segala-galanya yang perlu ada pada seorang lelaki, apatahlagi seorang selebr

Sofa Make Over : DIY Reupholstery Project

Image
Assalamu'alaikum. Hari tu aku ada tayang gambar sofa , tapi takde cerita apa-apa pasal tu, kan? Haa.. Meh aku cerita sekarang, okay?  Aku ada satu fasa yang tak boleh disekat-sekat dek apa-apa mahupun sesiapa menggilai kerja-kerja DIY. Itu adalah waktu-waktu yang aku banyak menyepi dari dunia blogging khasnya dan dunia media social amnya. Hatta telefon pun aku tak ambik port masa tu, tenggelam dalam dunia aku sendiri.  Masa tu aku siap boleh buat kerja menukar kain sofa dari kayu jati yang mak aku hadiahkan 4 tahun lepas. Nak hantar kat orang, harganya dah boleh beli sofa baru. Takde hal nak angkat baru, kalau dikira keadaan dan keperluan masa tu. Tinggal lagi aku pening kepala pikir apa nak buat dengan sofa yang dah sedia ada. Nak bagi adik-beradik, takde yang hendak. Jadi aku ambik keputusan nekad dan bertekad untuk buat total makeover biar elok semula sofa tu dari segi empuk tempat duduk dan sejuk mata memandang.  Aku start dengan sofa single seater yang p

New Leaf

Image
Assalamu'alaikum. Tengok statistik sekejap, jom! Hari ni 16 haribulan Januari tahun 2016. Kali terakhir aku update blog (itu pun takat letak gambar kerusi sebijik) bila? 16 haribulan Disember tahun 2015. Lama tak lama la, tapi Setahun Kemudian?! Selamat Tahun Baru, kawan-kawan sekalian. Kepada yang jenis simpan azam, teruskanlah. Kepada yang jenis tak kuasa nak berazam bagai, teruskanlah. Akhirnya kita semua kena jugak teruskan hidup dengan penuh iltizam dan semangat waja, kan?  Aku macam biasa, tahun baru ke tahun lama ke, keadaan tak banyak berubah. Cuma selagi mampu aku cuba yang terbaik untuk membaikpulih segala kekurangan, kerja harian dalam kehidupan semua orang tu sebenarnya. Tak perlu tunggu tahun baru nak berubah, at least itu bagi aku la kan.  Yang paling ketara tahun ni mungkin susunan priorities la jelas berubah bagi aku. Kalau selama ni aku berbagi masa antara kerjaya dan anak, tahun ni aku memang dah set nak lebihkan masa dengannya. Bukanlah bermaksud