Aku, Dodol & Gelembung Boyo. Ini semua poyo!

Assalamu'alaikum. Hari Selasa baru ni aku ke Kota Bharu lagi, day trip atas urusan kerja. Dua minggu berturut-turut outstation, terasa pelik dan janggal. Maklum ler, mana la biasa pergi ke luar daerah secara solo tanpa pasangan mahupun anak terkasih. Dari mula-mula nikah lagi aku dah pasang azam dan iltizam nak dahulukan keluarga dalam kebanyakan keadaan, sampai bila dapat interview kerja sebagai setiausaha akhbar untuk somebody pun aku nak menangis, tak bersedia fizikal dan mental. Padahal masa tu duk mengandungkan Junior, belum lagi wujud dia di alam nyata. Tuhan kan Maha Mendengar, aku tak dapat pun kerja tu, alhamdulillah... Kalau dapat, confirm aku takkan jadi macam sekarang kot, free and easy, happy go lucky. Bila tau tak berjaya, akulah orang yang paling bahagia dan orang-orang sekeliling aku yang ralat lagi bersedih, ye lah.. aku pergi interview tu pun sebab nak puaskan hati depa. 

Masa salam dengan Junior sebelum dia turun ke sekolah dengan daddy, kelat je muka dia tanya mummy nak balik bila. Alahai, malam nanti mummy balik ler, aku kata, sambil tahan emosi. Tak puas hati ler tu, minggu lepas mummy dah tak hantar ambik dia sekolah. Homework tersadai, extra exercises apatah lagi, mengaji pun tak jugak... budak bertuah tu kalau takde mummy kat rumah memang ke lautan dalam ler jawabnya!


Aku naik grab car je, mudah dan tak peningkan kepala. Nak elak tersangkut dalam jam, turun dalam pukul 7.30 pagi menuju KLIA2, client pun mampu bagi tiket low fare Air Asia, bukannya macam pakwe aku tu, semua pakat bagi business class jer, huntong laaa.... Tapi takpe, bila lagi nak bermesra di awan biru dengan kru Air Asia, kan? Jakun jugaklah aku minggu lepas mencari pintu masuk yang di hujung dunia, punyalah jauh menapak. Tapi masuk minggu kedua dah berlagak sikit ler, pasrah jer tengok jadual penerbangan nak hala pintu masuk mana bila sampai je kat sana. K6 Gate kali ni, opposite direction minggu lepas punya, J. Memandangkan dah breakfast kat rumah, sempatlah aku berlenggang kangkung menuju K6 dan singgah di surau, tempat paling mendamaikan di setiap airport, pada hemat beta. Bapak ah besar dan lawa surau KLIA2, cermin OOTD elok je tergantung sepi kat dinding, menjemput tindakan refleks untuk selfie dengan jayanya.


Apasal ntah tak suka berebut-rebut dalam barisan, biarlah semua reda dulu, baru aku bangun angkat body menuju pesawat. Cuma bila terlalu banyak masa dihabiskan dengan menunggu, maka bateri smart phone akan bertukar menjadi stupid, memohon nyawa. Sesampainya di Maybank Kota Bharu, sementara menunggu giliran client aku dipanggil mengadap pegawai, cepat-cepat aku menunjukkan belas kasihan penuh ihsan kepada smart phone itu. Terima kasih banyaklah kepada pihak pengurusan Maybank yang bermurah hati menyediakan banyak charging ports di dinding premis.


Lama jugak kat bank, sempatlah berkeroncong perut dekat pukul 2pm. Aku berpisah seketika dengan client, biarkan dia ikut saudara-maranya makan tengahari dan aku sempat dating dengan member lama yang sama-sama belajar kat UIA dulu, si Pujah. Lepas makan dan bergossip beberapa ketika, dia bawak aku ke Pasar Siti Khadijah, nak dapatkan makanan yang bonda pesan, yang dipanggil 'Gelembung Boyo', exotic tak namanya? Dulu mana ada packaging macam ni, sungguh praktikal dan modern. Aku beli jugak dodol dalam packaging yang sama, berserta serunding ayam dan daging serba sedikit.


Dah tua-tua ni jadi minat ler pulok kat dodol... yummeh! Teringat masa arwah nenek tercinta masih hidup, selalu menyibuk kat sebelah dia setiapkali ada bekwoh kacau dodol. Memori Berkasih betul, kan? Takkan mampu dilupakan selagi hayat dikandung badan. 


Aku hala balik tu menggerutu sorang-sorang dalam hati, siapa suruh beli barang tak ingat awak tu travel secara solo? Padan muka kena bawak barang berat, terhegeh-hegeh dari KB ke KLIA2. Next time kalau ada lagi kerja kat KB ataupun KT, dan aku travel sorang2 naik pesawat tambang murah, tolong ingatkan diri sendiri, bawak spare luggage untuk check in hala balik. Dah sah2 akan terberanak pinaknya hasil tangkapan dari pasar!


Kan dah kelat muka masa selfie...!


Penatnya outstation ni, kan? Macamana ler keadaan korang yang selalu kena ke hulu ke hilir dari satu daerah ke daerah yang lain... insaf sangat-sangat rasa hatiku ini, tau! Pakwe aku cakap, itu pun tak kena drive, kalau tak lagi ler penat. Tinggal lagi, kita sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Yang Esa, atas rezeki dan rahmat yang Dia limpahkan. Kalau takde kerja, lagi susah... 

Okay la, terima kasih sudi baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.







Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan