Lazy Sunday

Assalamu’alaikum. Semalam adalah hari minggu yang paling malas dalam hidupku, memang tak kuasa nak buat apa-apa rasanya. Siap boleh tidur dengan sengaja lagi pukul 3.30 petang, sah-sah buang tebiat. Dah la pagi bermula pada pukul 10, turun buat kopi dan teruskan usaha mencuba latte art. Ada la nampak peningkatan, kira berita gembira la jugak tu, kan? 



Yang atas tu white coffee untuk adik bongsu dan kat bawah ni untuk aku. Froth jadi lebih elok sejak aku guna French Press, hangatkan dulu susu dalam microwave selama 1.30 minit. Kemudian, sila kepuk sampai dapat hasil yang lumayan. 



Coffee Corner kat rumah ni dah jadi tempat khusus aku. Bibik buat tak jadi, takpe la bukan aku banyak keja pun, takde hal. Kat ofis aku jugak jadi barista, apa ada hal? 



Sebenarnya aku nak pergi redeem coffee beans kat Starbucks, pakai memang dah presentable untuk keluar, tinggal sarung tudung je lagi. Tapi itulah, aku memilih untuk bermalas-malasan dan tidur dengan bangganya. 



Lepas asar, layankan pre-convo photoshoot adik bongsu pulak. Untuk double degree LLB (Shariah) ni, kawan2 satu batch dia pakat gi beli baju Melayu kaler hitam kat Jakel, nak pakai hari konvo. Sampin yang Jakel bagi free biasalah, tak menepati KPI aku kan, so aku bagi pinjam songket Terengganu yang berusia 14 tahun. Baru ngam dan terletak gitu, kebaboom sekali! Udah-udah ler tu konvo, aku pesan. Katanya tunggu Masters punya pulak. Aish... dah budak2 ni bilanya reti nak nikah menambahkan anak sedara aku pun tak tau! 



Lepas Maghrib barulah aku turun gi Starbucks, redeem 1 pack Espresso dan beli lagi 1 pack buat tambahkan stok. Nanti bibik grind, boleh simpan kat ofis sekali. Aku simpan jugak sikit ground coffee kat rumah, sebab sekarang aku guna coffee dripper walaupun ada mesin kopi automatik. Lagi sempurna rasa kopi kalau kita buat manual dan cara lama.



Macam pagi ni, aku 1st time buatkan cik abang kopi manual kat rumah, ye la dah dia baru balik dari Jakarta, aku pulak baru berapa hari start operasi guna coffee dripper. Dia pun sama macam aku, katanya lagi best guna cara ni daripada guna mesin.  Tapi ye la, kalau masa dua2 nak cepat dan marathon kejar masa, mesin automatik tu sangat2 berjasa. Tengok keadaan la, kan?

Oh, ya! Aku nak pesan satu kat sini, satu menda yang aku belajar dalam hidup ni: Orang hanya boleh ganggu perasaan dan fikiran kita jika kita benarkan. People can only get to you if you allow them to. They can only break you if you let them to. The choice is yours, which way you want to go. Haters will hate for they have nothing else to do. Let’s toast and say to them, “Sila Meninggal..!”

Takkan bodoh kita kalau orang maki kita bodoh, dan takkan pandai kita kalau orang puji kita pandai. Kita adalah apa yang kita percaya, rasa dan usaha untuk menjadi. Kalau kita memilih untuk tunduk kepada permainan buli dan persepsi orang lain, kita hanya akan merugikan diri sendiri. Orang hanya ingin melihat kita terkesan, dan jika itu yang mereka inginkan, dendam terindah adalah biarkan impian mereka tinggal angan-angan. Kutiplah semangat yang retak seribu berkecai-kecai, cantumkan menjadi satu. Hadapilah dunia dari kacamata seorang perwira, kerana kita tak perlu mati sebelum waktunya. 

Dan ingatlah, saat dunia tidak menjanjikan apa-apa kebahagiaan, pemegang kunci setiap pintu adalah Tuhan. Yang membezakan manusia hanyalah takwa, dan tahap kebergantungan dengan Sang Pencipta. Kita di sini tidak menongkat langit, hidup pun tak selamanya indah. Selagi jasad masih dikandung badan, berjasalah kepada diri sendiri. Jadilah teman sejati kepada diri sendiri, jangan ikut membuli dan menghancurkannya seperti mereka di luar sana. 

Kerana kita begitu berharga.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan