Manic Monday

Assalamu’alaikum. Aku pergi ofis pagi ni dah macam peluru berpandu, duk kena gesa dengan client dari hujung minggu yang tak menyempat-nyempat nak suruh hantar dokumen kat dia. Dah la aku tak sihat-sihat lagi sejak awal bulan aritu, bangun tidur lepas makan ubat semalam, tengok wassap dah bertubi-tubi masuk, memekik-mekik pada pandangan mata ni. Memang mendapat la, kan? Tapi aku sabar la, nak buat apa putuskan urat merih melayan orang yang tengah tension. Sampai je ofis, terus pastikan semua menda sempurna dan siap nak arrange penghantaran. Yang paling best, masuk ni dah berapa kali entah nak kena pinda, 3 kali hilang dan kali ni ada masalah bankrupsi pulak. Ikut mana pun, memang kerja aku cari penyelesaian, maka itulah yang aku buat. Seperti biasalah, kan... nak mengeluh pun dah nasib aku masuk dalam industri ini.



Berkat breakfast yang agak berat, telur masak separuh dengan sekeping roti dan secawan air milo, aku berjaya menyempurnakan misi peluru berpandu dengan waktu yang masuk rekod jugak la. Terpaksa bertegas dan jadi naga kejap, mana2 staf yang tak biasa tengok memang akan jadi hairan. Ye la, aku menahan migraine yang membuatkan mata berpinar-pinar, kot!



Takde mekapnya dah keadaan macam ni, rasa nak cari selimut dan berbungkus atas sofa tu sepanjang hari je..! Bila dah betul2 settle menda yang nak diserahkan kepada client, dekat pukul 1 baru aku telan 2 biji panadol dan melayan hibernasi beberapa ketika. Terpaksa mintak tolong P.A pergi ambik anak kat Gombak, hari ni dia ada jamuan akhir tahun je, takde belajar pun, tapi tetap la kena hantar ambik, kan? Asalnya nak pergi sekali, tapi tak larat benar rasanya, macam ada chalet kontena duk hempap kepala otak. Sempat jugak selfie, eh? Hahaha itulah, takpe la, redho kan aje...!



Takde la nyenyak pun tidurnya, kejap2 terjaga, jiwa kacau betul, aishh! Tapi jadilah daripada takde, bangun tu rasa jauh lebih lega kepala ni ha, alhamdulillah... boleh la sambung buat kerja. Jap2 itu dapat wassap client bagitau dah dapat dokumen, terima kasih banyak katanya. Ah, ye lah... sama2, sila bayar invoice yang aku sertakan sekali tu ya, bisikku dalam hati. Ingat nak sambung layan hibernasi, malangnya makin banyak wassap yang perlu dibalas. Tak balas karang, lagi biul jadinya.



Jiwa yang kacau sakitnya sama je dengan kaki yang patah, ataupun tangan yang terseliuh, sebab otak kita menafsirkannya sebagai satu bentuk kecederaan. Maka, tak hairanlah jika kita dilanda derita, sakitnya memang tak tertanggung dek badan. Sama2 la kita doakan agar semua yang sedang berduka lara di luar sana akan cepat sembuh daripada kecederaan jiwa ataupun raga, dengan kadar seberapa segera.

Sementara itu, jagalah dirimu semua baik-baik, jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan