Resipi Nasi Biryani Ayam TPJ: Ewant & Instant Pot Pressure Cooker

Assalamu'alaikum. Entry kali ni khusus dibuat atas permintaan seorang pembaca yang teringin nak masak biryani ayam dengan pressure cooker jenama E-Want yang baru dibelinya. Cuma resipi ni aku guna fungsi-fungsi pressure cooker jenama Instant Pot, aku cuba ubahsuai dengan E-Want jugak, ok? Hashtag sis cuba, jangan kecam sis tau...!

Here goes:
 1. Ayam, dipotong sederhana. Cuci bersih-bersih, ketepikan. 
Ikutlah nak banyak mana, kalau takde lauk tambahan, letak seekor ataupun separuh pun takpe.
2. Beras Basmathi ~ 3 cawan, direndam 1/2 jam.  
3. Bahan-Bahan Untuk Perap Ayam:-


Bahan-Bahan A                      Bahan-Bahan B                  
- 3 helai Bay Leaves               - segenggam hirisan daun pudina + daun ketumbar
- 1/2 camca jintan putih        - 3 biji cili padi hijau, dibelah dan dibuang biji
- 1 btg kulit kayu manis          - 1 biji limau nipis, diambil jusnya
- 2 biji buah pelaga                - 1 cawan yogurt 
- 4 kuntum bunga cengkih       - 2 sudu minyak masak
- 2 kuntum bunga lawang
- 1/2 camca lada hitam
- 2 sudu halia + bawang putih blend

 Bahan-Bahan C (Serbuk rempah ratus, 1 camca setiap satu)
- serbuk cili merah 
- kunyit
- jintan putih
- ketumbar
- garam masala
- garam halus

3. Perap ayam bersama kesemua bahan A, B dan C. Tinggalkan separuh daun ketumbar untuk digunakan kemudian, tabur bila nasi dah masak pun boleh yang separuh lagi.

4. Cara-caranya:

-i-
Instant Pot: SAUTE + LOW PRESSURE
EWant: MEAT + TASTE + LOW PRESSURE
Ataupun boleh juga guna fungsi CAKE untuk menumis, terserah korang. Tapi aku tak gemar, sebab nanti periuk overheat dan tak sesuai nak buat biryani.

- Masukkan ayam yang diperap tadi, tutup periuk dengan penutup lain selama 5 minit.

-ii-
Instant Pot: MANUAL + adjust masa 10 minit
EWant: MEAT + TASTE + LOW PRESSURE + 10 minit
Tutup periuk dengan penutupnya, set vessel kepada VENTING Mode. (EWant: SEALING)

- Quick Release Vessel.
- Ayam akan menjadi separuh masak.

- Seterusnya, masukkan beras yang telah ditoskan di atas ayam bersama dengan 3 cawan air. (Skala air dan beras adalah 1:1. Resipi ni guna 3 cawan beras dan 3 cawan air)

- Tutup periuk dan 
Instant Pot: pilih MANUAL Mode, adjust masa 6 minit
EWant: pilih RICE, automatik masa 12 minit.
Vessel set pada SEALING.

- Quick Release, buka penutup periuk.

Err... gitulah kekdahnya, berpeluh Mak Lom ko ni ha dalam aircond. Adeh... semoga sesiapa yang berkenaan boleh paham apa yang aku tulis ni. Payah sebenarnya benda praktikal nak tulis dalam bentuk manual gini, tapi Insya Allah pelan-pelan ikut satu persatu dari awal sampai akhir, mesti berjaya punya!

Manfaatilah apa adanya, mudah-mudahan direkodkan sebagai ibadah. Selamat mencuba, ya. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker 






Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan