Posts

At My Lowest

Image
I learned a great deal when I was at my lowest point in life, especially about dependency on others. And at the same time, I also had grasped that despite everything that happened, we still had the opportunity and choice to otherwise forgive those who didn’t stay with us at such crucial times. Why? Because we forgive not for their sake, but for ours. It would be too much of a burden to keep holding grudges and letting go would be doing ourselves a huge favour to move on with life.  Sometimes there is nothing comes in between us and the challenges we’re facing except God Himself, because that’s exactly what the journey is all about. Elevation wouldn’t even take place otherwise, spiritually speaking. Everything else would have to be invisible or even disappear in total except for our absolute submission and reliance upon the Creator of the Universe. Like, when the hopes all gone and we were left with nothing but a tiny little thread called faith, which turned out to be the entire secret

Maklom Ko Munger

Image
  Assalamu’alaikum. Siapa yang pernah sampai Tokyo dan biasa lepak di Bukit Bintang, akan rasa deja vu. Bagi warga kota Kuala Lumpur mungkin tak tau nak hargai betapa happening nya negara sendiri, tapi percayalah kita tak kalah pun dengan tempat-tempat tumpuan pelancong yang bertaraf antarabangsa. Contoh kalau kita turun KL dari Kuantan, jenguk Pavilion memang tersembur biji matalah jawabnya, especially suasana malam yang disimbahi lampu-lampu berkerlipan.  Anak aku kalau ada bibik ikut kat kawasan Bukit Bintang, serta-merta akan bertukar jadi bodyguard dan sibuk jaga takut bibik dia hilang. Sama macam pergi jalan-jalan tempat luar, memang dia jadi restless dan awasi bibik. Bukan apa, sebab terlampau selalu ghaib entah mana-mana, dah la tak dengar orang call.  Lately aku teringat sangat saat-saat berjalan kat Tokyo. Masuk kali ke-2 sampai Tokyo, akhirnya aku berkesempatan buat salah satu daripada bucket list: sewa kimono dan ambik gambar sampai lebam. Dulu teringin nak buat gitu, tapi

Permata

Image
Assalamu’alaikum. Bukan nak kena jadi selfish prick, tapi kita jangan lupa sayangi diri sendiri walaupun hati terlampau sarat dengan kasih mesra. Kadang-kadang kita sibuk sangat nak jaga orang sekeliling sampai terlupa kebajikan sendiri, sempena tahun 2024 ni marilah kita sama-sama cuba ubah. Takut nanti mereput sorang-sorang bagaikan habis madu sepah dibuang, tak nak la macam tu kan?  Lepas dugaan dikhianati oleh orang yang paling dipercayai ni, aku tersedar dari lamunan dan pelan-pelan belajar banyak perkara dalam menyayangi diri sendiri. Masih tetap boleh menyebarkan kasih dan menabur sayang kepada orang lain, tapi ambil masa dan peluang berbuat baik pada diri sendiri juga. Tak mampu, katakan tidak. Tak sanggup, tolak dengan elok. Mampu dan sanggup, perlu letakkan syarat dan sempadan. Mulakan ikut tangga dan tahap keselesaan.  Buat dari yang paling basic, makan-minum contohnya. S esibuk mana pun, jangan lupa makan. Tak selera macamana pun, jangan sampai perut masuk angin ataupun ken

Coretan Awal Mac 2024

Image
Assalamu’alaikum. Pejam celik, celik pejam dah sampai waktu hantar anak balik universiti. Aku takde masalah langsung nak ulang-alik Johor, maklumlah anak kan 10. Cuma datang penyakit jalan tersumbat je terus jadi berdengung kepala. Dari pukul 10.30 pagi dah bersusun kereta, van, lori kontena segala dah bukan macam hari Sabtu, konsisten tersumbat jalan sepanjang-panjang Lebuhraya Utara-Selatan. Kiri kanan dalam Waze maintain warna merah sampai ke sudah, apa cerita entah? Dalam kesibukan dan keserabutan hidup aku ni, syukur alhamdulillah kali ni anak balik rumah aku banyak masa dengan dia. Kadang-kadang saja je aku duk lepak bilik dia walaupun dia layan game, dah beberapa ketika aku turun semula sambung kerja sendiri. Sama-sama keluar cari birthday present untuk daddy dia, orang ingat aku kakak dan dia adik. Muakakakak haruslah aku perasan nak matik!  Besar dah boy, bukannya dia heran daddy komplen rambut dengan janggut berserabai. Aku gelak aje, tau memang fasa budak tengah rasa terpali

Awek Besi

Image
  Assalamu’alaikum. Orang Terengganu masa zaman aku muda remaja dulu ada gelaran khusus untuk orang-orang perempuan yang cenderung “materialistik” dalam memilih pasangan, tapi lebih kepada golongan muda-mudi gitu. Kalau sekarang mungkin jauh berbeza dengan zaman itu, cara menilai materialistik sudah tentu juga berbeza. Maklumlah, dunia menjadi lebih luas dengan media sosial dan jaringan internet tanpa sempadan. Setidak-tidaknya, orang Pantai Timur tidak lagi terlalu jumud dalam melihat sesuatu yang kurang biasa dalam komuniti mereka. Bagi aku, perkara yang bertambah bagus harus diraikan, didoakan semoga dapat memberi manfaat kepada banyak orang. Dari satu segi, rata-rata pihak akan mendapat pendedahan tentang budaya, cara hidup masyarakat luar dan apa jua yang bersangkutan dengannya tanpa perlu melangkah jauh dari lokasi masing-masing. Implikasinya pun bagus sekali, kerana setiap daerah menjadi seakan-akan lebih dekat meskipun jauh beribu batu.  Gelaran itu adalah “Awek Besi”, yang seb

Usah Berkedip

Image
  Assalamu’alaikum dunia… Saat satu pintu tertutup, usah lupa tingkap yang wujud. Bahkan tetaplah yakin untuk bertanya: Adakah pintu yang tertutup itu sebenarnya berkunci ataupun tidak mungkin untuk ditembusi? Adakah tingkap yang wujud itu pula suatu imaginasi atau sekadar ilusi semata-mata?  Memang lebih mudah untuk kita menyerah kalah pada keadaan malang yang menimpa hidup, itu semua orang boleh lakukan tanpa perlu bersusah payah sedikit pun. Tinggal lagi, dunia bukanlah tempat untuk kita bersenang lenang mahupun berlenggang kangkung dalam semua situasi. Di sini kita ditugaskan untuk mencipta dan mencetak rentak sebagai bekalan di destinasi sebenar, tempat nan abadi tanpa air mata, tanpa lelah mahupun sekelumit sengsara. Maka dengan itu, carilah hikmah di sebalik setiap dugaan yang Allah turunkan untuk kita di dunia ini. Sekalipun segala-galanya bagaikan menghimpit diri sehingga ke sudut paling hujung, tetaplah berbaik sangka pada rahmat-Nya. Kekal percaya bahawa kepayahan datangnya

Seluar Kargo

Image
Assalamu’alaikum. Musim seluar kargo sekarang ni kan? Selain denim skirt, berduyun-duyun kaum Hawa pakat menggayakan seluar kargo hari demi hari. Dulu masa aku rutin pakai denim skirt, orang selalu kata fesyen lama tak trendy segala. Masa pakai seluar kargo, orang kata tak sesuai perempuan ambik style lelaki.. apa cerita suka pakai seluar poket sana poket sini macam mekanik? Tinggal lagi, aku bangsa tone-deaf mana ada nak kisah pun semua tu janji aku suka sudah.  Tapi itu dulu, sekarang denim skirt dan seluar kargo dua-dua jadi fashion statement sampai berlambak-lambak kat kedai fizikal dan juga online. Harga pun murah-murah, cuma kalau nak yang kualiti lebih dari segi fabrik lembut, tak boleh la dapat bawah RM100. Dulu memang gitulah harganya, sampai sekarang masih tak banyak berubah kalau diamat-amati. Apa yang bagusnya sekarang ni, cutting lebih sesuai untuk badan perempuan dan siap didatangkan dengan gender friendly, unisex gitu.  Sejak harga durian runtuh boleh dapat kat Shopee, b